Voltan 1 Fasa & 3 Fasa: Standard MS IEC 60038:2006 – IEC Standard


Elektrikal informasi (standard MS IEC 60038:2006 – IEC Standard)
Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Tenaga (ST) telah bersetuju untuk menetapkan pemakaian standard MS IEC 60038:2006 – IEC Standard voltage sebagai voltan nominal bagi system bekalan Voltan rendah yang baru di Malaysia iaitu 230V untuk satu (1) fasa dan 400V untuk tiga(3) fasa pada julat +10% & -6%, frekuensi 50Hz +-1%. Ianya menggantikan voltan bekalan sediaada iaitu 240V ( 1 fasa) dan 415V (3 fasa) dengan julat +5% dan -10%.

Pengiraan +10% & -6%

a.  Voltan 1 Fasa +10%
+10%  = 230 V X (10 / 100)
+10%  = 230 V X 0.1
+10%  = 23 V
Ø  Ini bermakna Voltan tertinggi +10% yang masih diterima adalah 230V + 23 V = 253 V

b. Voltan 1 Fasa -6%
-6%  = 230 V X (6 / 100)
-6%  = 230 V X 0.06
-6%  = 13.8 V
Ø  Ini bermakna Voltan terendah -6% yang masih diterima adalah 230V - 13.8 V = 216.2 V

Nilai %+-Voltan :
1. Sistem 6.6KV,11KV, 22KV, 33KV   +5% & -5%
2. Sistem 132KV & 275KV                  +10% & -5%
3. Sistem 500KV                                   +5% & -5%

Ulasan

  1. Berapa voltan 1 fasa yang di kotegory HV

    BalasPadam
  2. knpa voltan 3 fasa-red 230v
    -yellow 230v
    -Blue 230v
    totol voltan=690V
    tetapi voltan yg dpt cuma 415V?..kemana hilangnya voltan 275V itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tambah mcm tu bro. Voltage phase to phase adalah 415. Tp untuk dptkan 1phase . 415 kena bahagi dgn square root 3

      Padam
  3. casino.com
    Get the best deals and promo 경상남도 출장안마 codes for 바카라 사이트 승리바카라 MGM National Harbor in Hanover, MD! 청주 출장샵 Up to 70% Off at Bally's.com - Get a 공주 출장샵 great deal on Resort Rooms & Suites at 문경 출장샵 MGM National  Rating: 3.5 · ‎936 reviews

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Tambah 10% dari 230
      Dan tolak 6% dari 230

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

How to setting Protection Relay Mikro MK1000A Combined Over Current & Earth Fault Relay.