Bagaimana ON ACB 2000A Metasol
Bagaimana nak ON atau Closed ACB jenis Metasol yang berkadaran 2000A? Berpeluang untuk saya kongsikan kepada semua yang mahu mengetahui serba sedikit berkaitan ini. Baiklah, ada satu tugasan yang sempat saya rakamkan dan semoga dapat memberikan manfaat kepada semua. Situasinya adalah ACB dalam keadaan "Rack In" atau berkeadaan "connected" yang tertera pada ACB tersebut. Dan, tugasannya adalah hendak ON kan ACB tersebut. Sebagai langkah pembelajaran, perlulah untuk mengambil beberapa langkah langkah dan tindakan seperti berikut: A. Sebelum ON/Closed ACB:- 1. Mengenal pasti sistem kendalian yang terlibat. Tujuan ini bagi pepasangan yang melibatkan lebih dari satu pepasangan. Kekadang sebagai insan biasa kita boleh melakukan kesilapan dengan tersilap kendalian radas. Oleh itu, mengenal sistem yang dikendalikan adalah amat penting bagi keselamatan kepada diri, orang lain dan perkakas elektrik. 2. Melakukan pemeriksaan pemerhatian terhadap pepasangan yang te...